Baca & Buat Ya !
.
Baca buku yang berkaitan dengan bidang yang kita lakukan. Disiplinkan diri untuk membaca buku 20 minit sehari. Pilih masa yang sesuai dan tenang supaya apa yang kita baca dapat difahami dengan baik.
.
Kenapa perlu baca buku?
Untuk memastikan kita miliki ilmu yang cukup dan melatih otak kita berfikir dengan lebih baik. Ianya berguna sewaktu kita berbincang atau bermesyuarat kerana idea orang yang membaca lebih baik berbanding orang yang kurang membaca.
.
Tulis impian/ matlamat hidup setiap hari.
Ya tulis setiap hari tanpa melihat apa yang kita telah tulis semalam atau sebelum ini. Firmed dengan impian asal dan jangan tambah/ edit/ delete setiap kali kita menulis.
.
Kenapa perlu setiap hari?
Apabila kita menulis setiap hari, ianya akan melatih otak kita berfikir secara konsisten dan jari-jemari kita bertindak selari dengan fikiran. Apabila kita gabungkan fikiran dengan tindakan secara serentak, ianya memberi kekuatan untuk kita visualkan impian dengan lebih jelas untuk dicapai.
.
Rancang aktiviti untuk dibuat lebih awal.
Semua aktiviti untuk esok hari dibuat pada malam sebelumnya. Senaraikan semua aktiviti yang bakal kita buat esok hari. Tulis aktiviti tersebut sebelum tidur membolehkan fikiran kita terdorong untuk fokus melaksanakannya dan tidak membazir masa.
.
Kenapa kena rancang awal?
Jika bangun pagi baru nak rancang, kita telah mencuri masa pada hari tersebut untuk merancang. Walhal hari tersebut adalah hari untuk kita bertindak, bukannya merancang. Usah buang masa, hari ini adalah hari untuk melaksanakannya.
.
Pilih 1 aktiviti yang kita nak selesaikan 100%.
Kita telah senaraikan banyak aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini. Tetapi kita perlu ingat, tidak semua aktiviti dapat dibuat dengan baik kerana mungkin ada gangguan yang kita tidak dapat jangkakan seperti cuaca, urusan keluarga, dan urusan lain yang perlu ditangani segera. Oleh itu, Setiap hari, kita perlu ada 1 aktiviti utama yang perlu kita selesaikan 100% tanpa gagal supaya semua tenaga dan masa kita fokus kepada kerja tersebut sampai siap.
.
Kenapa 1 sahaja?
Lebih baik dapat siapkan 1 kerja utama berbanding semua kerja separuh jalan sahaja kerana setiap hari kita perlu hadapinya secara berhemah dan berkesan mengikut kemampuan masa dan tenaga yang kita miliki. Ini juga akan mengurangkan kita menangguh kerja utama.
.
Jangan buang masa dalam kenderaan.
Sewaktu naik kenderaan, kurangkan mendengar radio kerana banyak hiburan dan iklan. Sebaiknya kita miliki audio atau video yang boleh menaikkan motivasi, pengetahuan, kemahiran dan sebagainya. Zaman sekarang semua ada di internet. Download dan masukkan ke dalam USB dan mainkan di dalam kereta sewaktu kita memulakan perjalanan sehingga sampai ke destinasi.
.
Kenapa?
Itu adalah ilmu tambahan yang kita boleh dapat sewaktu masa senggang yang tidak boleh kita membaca. Ya lah, membaca di dalam kenderaan sangat payah, tetapi mendengar lebih mudah. Manfaatkan radio dalam kenderaan kita sebaiknya untuk ilmu bukannya hiburan.
.
Tanya 2 soalan setiap hari.
Soalan pertama, “Apakah tindakan saya yang menyebabkan ia berlaku”
.
Soalan kedua, “Bagaimana untuk saya lakukannya dengan lebih baik”
.
Kenapa 2 soalan?
Soalan pertama membolehkan kita ingat kembali tindakan yang kita telah buat sehingga terhasilnya jawapan/ keputusan.
.
Soalan kedua membolehkan kita berfikir cara lain untuk mendapat jawapan/ keputusan yang lebih baik daripada sekarang.
.
Anggap semua orang yang kita jumpa adalah orang penting. Tidak kira siapa yang kita berjumpa hari tersebut, mereka adalah orang penting dalam hidup kita. Jika mereka orang penting, kita akan bercakap yang baik-baik, kita akan melayan mereka dengan hormat. Begitu juga orang lain, apabila kita berbuat baik dengan mereka, mereka juga selalunya akan berbuat baik dengan kita.
.
Kenapa?
Ini untuk melatih diri kita supaya mempunyai attitute yang positif terhadap semua orang termasuk pesaing. Berbuat baik kepada orang akan mendapat pahala. Lagi banyak pahala kita dapat, lagi mudah dan murah rezeki kita.
.
Dengan amalan 7 langkah ini, kita akan sentiasa berada dalam situasi bersedia untuk menjadi orang yang terbaik. Fikiran kita, kata-kata kita dan tindakan kita yang terbaik akan membuatkan otak kita merembeskan endorphin. Bila banyak endorphin dirembeskan, kita akan bersemangat, lebih gembira, lebih teruja untuk melakukan sesuatu perkara. Tenaga akan bertambah dan membolehkan kita tidak terasa penat, lesu ataupun malas.
.
Setiap kali kita melakukan kerja yang berkesan, kita akan rasa bangga dengan diri sendiri, keyakinan kita tinggi, kita punyai harga diri dan berani mengambil tindakan. Kita rasa kita yang kawal diri kita, tiada siapa yang boleh jadi penghalang setiap impian yang kita impikan. Ini akan menghilangkan rasa ragu-ragu, teragak-agak, dan berani mengambil tindakan seperti mana yang dirancang untuk mencapai kejayaan.