7 Latihan Untuk Orang Berjaya!

1. Buat keputusan hari ini memperuntukkan masa dan tenaga bagi memperbaiki diri sendiri menjadi lebih baik dan berkemahiran. Dengan cara ini, cita-cita dan impian kita menjadi kenyataan.

2. Kenal pasti kemahiran-kemahiran utama yang dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja kita di pejabat. Buat perancangan bagi menambah baik setiap satunya.

3. Setelah dikenal pasti kemahiran-kemahiran utama tadi, pilih satu yang diyakini dapat menambahkan pendapatan kita. Jadikan menambah kemahiran itu sebagai cita-cita. Usahakan setiap hari bagi mencapainya.

4. Lakukan tahap kerja yang paling cemerlang di pejabat. Jadikan ia sebagai cita-cita juga. Sentiasa fikirkan bagaimana bagi menjadi sebahagian daripada golongan 20 peratus yang terbaik dalam bidang kerja itu.

5. Rancangkan tiga sehingga ke lima tahun ke hadapan kemahiran dan pengetahuan baru yang diperlukan bagi maju di bidang kerja kita. Mulakan mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mencapainya.

6. Kenal pasti tokoh tersohor dalam bidang kita. Jadikan beliau sebagai contoh ikutan ataupun mentor yang bakal membimbing sepanjang kita mengejar cita-cita.

7. Tekadkan azam dalam diri bagi sentiasa menambah ilmu dan kemahiran. Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa menambah satu ilmu ataupun kemahiran baru.