APAKAH BEZA ANTARA EMAS 24K, 22K, 18K, 9K?
Emas mempunyai pelbagai jenis ketulenan dan mutu yang berbeza berdasarkan kandungan emas, iaitu logam Aurum (Au) dalam setiap bentuk emas dan juga karat atau nombor yang menunjukkan peratus kandungan emas. Semakin tinggi nombor karat, semakin tinggi peratus kandungan emas. Sebelum kita memahami perbezaan antara beza ketulenan emas, anda mesti tahu maksud karat terlebih dahulu. Perlu juga diingatkan bahawa terdapat dua jenis ukuran berlian permata iaitu; ‘’Karat’’ dan ‘’Carat’’.
Apa yang dimaksudkan dengan Karat?
Karat ialah ukuran pecahan ketulenan untuk emas yang mempunyai 24 bahagian keseluruhannya. Semakin tinggi karat, semakin tulen emas dan nilai maksimum adalah sebanyak 24. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang perhiasan dicampurkan dengan logam lain kerana emas tulen terlalu lembut.
Secara umum, Karat untuk emas merujuk kepada ketulenan emas. Untuk membeli emas, semuanya bergantung kepada anda. Tujuan membeli adalah untuk memastikan anda memilih emas yang sesuai. Apabila membeli emas, sama ada untuk pelaburan atau perhiasan, sememangnya penting untuk memahami perbezaan antara emas 999 (24K), 916 (22K), 750 (18K) dan 375 (9K).
Emas 999
a. Emas 24K atau 999 adalah bentuk emas yang paling tulen. Ia mempunyai 99.9% kandungan emas tanpa sebarang campuran logam lain.
b. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk pelaburan. Emas 24K/999 biasanya ada dalam bentuk jongkong emas, wafer dan syiling.
c. Anda boleh menemui beberapa barang kemas emas dalam 24K, namun ia agak terhad kerana sifat lentur emas.
Emas 916
a. Emas 22K atau 916 mengandungi 91.66% kandungan emas tulen dan 8.34% lagi adalah gabungan logam seperti tembaga, zink, nikel dan aloi lain.
b. Ini menjadikannya lebih tahan lama untuk membuat barang kemas, dan kerana kandungan emasnya yang tinggi, adalah bagus sebagai pelaburan yang boleh anda hiaskan.
c. Terdapat pelbagai pilihan; antaranya rantai leher, rantai tangan, gelang tangan, cincin, subang dll yang boleh dijadikan sebagai perhiasan dan pelaburan.
Emas 750 / 18K
a. Emas 18K atau 750 ialah 75.0% kandungan emas bercampur dengan 25% logam lain seperti tembaga, zink, nikel dan perak.
b. Barang kemas emas 18K/750 biasanya disematkan dengan berlian atau batu permata kerana ketulenan yang tinggi dan ketahanan yang baik untuk mengekalkan batu di tempatnya.
Emas 375 / 9K
a. Emas 9K atau 375 ialah 37.5% kandungan emas dan kandungan selebihnya adalah campuran yang berbeza termasuk logam seperti nikel, zink, paladium.
b. Barang kemas 9K biasanya terdapat dalam pelbagai jenis reka bentuk dengan berlian dan batu permata kerana ketahanan dan mampu miliknya.
Penutup
Emas 24K/999 adalah bentuk emas yang paling tulen, bermakna ia mempunyai lebih banyak kandungan emas dan oleh itu ia lebih berharga. Jadi ketahui dan fahami perbezaan antara emas 999 (24K), 916 (22K), 750 (18K) dan 375 (9K). Sudah pasti akan menolong untuk memastikan anda memilih emas yang sesuai untuk keperluan anda. Emas di Public Gold kebanyakkannya adalah emas 24k (999)