Secara logiknya semua duit di dalam akaun bank kita adalah milik kita. Tetapi, tiada jaminan duit yang kita simpan di bank itu boleh dikeluarkan.
Pada Julai 2022, tergempar di negara China di mana Bank Rakyat China di Ibu Kota Henan, Zhengzhou tidak membenarkan ribuan penyimpan mengeluarkan wang mereka sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran. Harap ini tidak akan berlaku di Malaysia.
Sebelum ini, kita dikejutkan bencana inflasi yang sangat teruk berlaku di Zimbabwe di mana kadar inflasinya meningkat sehingga 285% pada Ogos 2022. Cuba kita bayangkan, sewaktu inflasi, nilai matawang Zimbabwe $50 billion bersamaan dengan USD33. Sangat menakutkan.
Jika situasi itu berlaku, duit kita yang terdapat di dalam bank sukar untuk kita keluarkan. Jika dapat keluarkan pun, nilainya sangat lah kecil berbanding hari mula kita membuka akaun bank. Tak perlu pergi jauh, kita lihat perbelanjaan anak sekolah tahun 1980an. Bekalan duit ke sekolah untuk makan di kantin cukup 70sen untuk membeli sarapan pagi dan makan tengahari. Tetapi sekarang, 70 sen tidak boleh nak beli sebungkus air sirap pun. Itu lah nilai matawang kita yang semakin susut walaupun angkanya sama, tetapi nilai semakin bekurangan.
Bukan setakat itu sahaja, wang yang kita simpan di dalam bank ianya bukan di bawah kawalan kita 100%. Ia tertakluk kepada kuasa bank dan kerajaan sama ada membenarkan ia dikeluarkan, dihadkan pengeluaran, ataupun dibekukan!
Simpanan wang dibank tidak 100% terjamin selamat. Tahun 2016, Greece ketika mana negara tersebut menghadapi krisis kewangan, rakyat menderita walaupun ada banyak simpanan wang di dalam bank sebab wang tersebut tiada nilai.
Satu perkara yang setiap kita kena ingat, iaitu “tiada jaminan yang terjamin”. Walaupun ada cover insuran sekalipun, risiko itu tetap ada. Memang itulah lumrah kehidupan.
Dalam hidup ini apa-apa pun boleh terjadi.
Syarikat yang besar boleh bungkus. Kerajaan yang memerintah boleh bertukar ganti. Bank dan syarikat insuran (yang menyediakan perlindungan) juga boleh jatuh bankrap! Dan semua harta yang sah milik kita juga boleh dibekukan!
Ya, semua harta kita juga boleh dirampas atau dibekukan. Ini kerana semua harta kita direkodkan dalam sistem kewangan negara. Berapa banyak duit yang kita simpan di bank, kerajaan tahu. Berapa jumlah hartanah yang kita ada, kerajaan tahu. Berapa jumlah pelaburan yang kita miliki, kerajaan tahu. Dan semua harta-harta itu boleh dibekukan pada bila-bila masa, KECUALI emas (dan perak)! Emas satu-satunya aset kewangan yang tiada (direkodkan) dalam sistem kewangan.
Selain daripada krisis perbankan ataupun ekonomi, akaun bank kita boleh dibekukan kalau nama kita terpalit masalah scam, penipuan, atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Walaupun kita adalah orang yang baik, tapi kalau tersalah langkah, kita juga boleh terjerat dalam isu kewangan ini dan akaun kita boleh dibekukan. Ianya pernah terjadi kepada saya sendiri.
Tukarkan Simpanan 10% Kepada Emas
Bila faham tentang risiko ini, setiap kita perlu ada aset yang 100% di bawah kawalan kita, iaitu emas (dan perak). Tidak ada siapa yang boleh gangu gugat kekayaan kita selagi emas itu ada di tangan kita.
Tak perlulah semua kekayaan ditukarkan kepada emas. Tapi cukuplah sebahagian sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perkara yang tidak diingini itu terjadi.
Menurut Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali, sekurang-kurangnya 10% kekayaan kita patut disimpan dalam bentuk emas. Kalau apa-apa terjadi kepada kita atau negara kita, kekayaan 10% itu masih kekal bersama kita.
kredit kepada : En Zulkifli Shafie