Keyakinan diri merupakan perkara asas yang perlu dimiliki oleh semua orang. Keyakinan diri bukan hanya berani untuk menonjol di khalayak roma, tetapi untuk mencuba sesuatu yang baru, menghadapi dan mengatasi masalah dan juga mencipta kejayaan.

Namun terdapat banyak keadaan atau situasi yang boleh menggoyahkan keyakinan diri kita. Contohnya kegagalan, trauma atau apa sahaja yang boleh menurunkan keyakinan Kethullah, terdapat banyak faedah jika anda dapat menghilangkan dan membuang perasaan rasa takut itu.

Kita mesti bangun untuk meningkatkan keyakinan dalam mengatasi keadaan negatif dan menolak semua persepsi negatif Ramai yang selalu anggap dirinya tak sehebat orang lain. Dirinya tak mampu jadi seperti orang loin. Ayat seperti “Mereka ada itu ada ini tetapi aku tidak punya apa-apa” sering menerjah fikiran kita.


Ada 5 perkara yang boleh meningkatkan keyakinan diri kita

01. BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apabila kita mula membandingkan diri k dengan orang lain, secara tidak sedar kita akan merasa seperti kita tidak cukup baik

Ini akan menjadikan kita kurang yakin pada diri kita sendiri. Mengapa kita harus membandingkan diri kit dengan orang lain? Sedangkan kita sendiri mampu menjadi versi diri kita yang lebih baik.


02. MEMBAWA DIRI KELUAR DARI “COMFORT ZONE” ATAU ZON SELESA

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa zon selesa adalah musuh diri sendiri juga. Untuk mendapatkan keyakinan diri, anda mesti bersedia keluar dari zon selesa anda.

Terdapat tahap dalam hidup kita di mana rasa sangat selesa dengan segala sesuatu hingga tidak merasa seperti mencuba sesuatu luar dari tabiat kita. Sebagai contoh, kita sudah tahu bahawa kita tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi tetapi kita tidak melakukan apa-apa untuk mengubah diri sendiri.

Orang yang berjaya dalam hidup semuanya bermula dengan keputusan berani yang mereka buat Bukannya mereka dilahirkan ke dunia dan terus berkembang maju Hidup ini akan jadi sia-sia jika kita hanya berada di satu tempat dan tidak berani meneroka apa-apa. Betul?


03. AKUI KELEMAHAN DAN BELAJAR UNTUK PERBAIKI

Setiap manusia mempunyai kelebihan don kekurang masing-masing Manusia juga dituntut mengembangkan semua aspek diri mereka sendiri untuk lebih baik.

Kelebihan tentu menjadi kebanggaan. Di sisi lain pun ada individu yang tidak dapat menerima kekurangan mere Tetapi kita harus menerima kelebihan dan kekurangan de dengan rasa syukur kerana itu adalah anugerah dan Tuhan

“We learn from failures, not success.”

Oleh itu, jangan takut untuk mengakui kelemahan dan anda Ini kerana dari mempelajari kekurangan dan kesalahan ini, anda boleh menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Tetapi jika anda tidak tahu akan kekurangan dan kesalahan diri sendiri, anda akan menjadi lebih sombong akhirnya.

“Sesungguhnya orang yang berjaya lalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


04. UBAH PENAMPILAN DIRI

Perkara ini nampak senang dan mudah untuk lakukan namun ramal tidak tahu bahawa penampilan diri kita juga boleh jadi salah satu comfort zone kita. Mengubah penampilan diri dapat meningkatkan keyakinan diri. Pernah dengar tentang first impression?


05. LAKUKAN PERUBAHAN YANG KECIL, SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Perkataan Jepun “Kaizen bermaksud memperbaiki sikt demi sedikit setiap hari. Dengan melakukan sedikit demi sedikit, ia memberi peluang kepada kita untuk memupuk toblat yang baru. Bukan sesuatu perubahan yang drastik.

Keyakinan terhadap diri sendiri adalah modal utama dalam menciptakan sesuatu hal yang besar dalam kehidupan kita. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang kita lakukan. Kita harus percaya pada apa yang telah kita rancang dalam kehidupan kita sendir Jangan terlalu fokus pada kekurangan yang kita ada, tetapi selalu fokus pada kekuatan dan keistimewaan kita yang tidak dimiliki orang lain. Selebihnya, wajib bertawakkal kepada Allah SWT.

Wallahualam.

A LITTLE PROGRESS EACH DAY ADDS UP TO BIG RESULTS

kredit kepada : Dr Azura Hashim