TIPS PERSARAAN

1. Hidup ini ada dua kemungkinan; pertama Umur Panjang dan kedua Meninggal Awal.

2. Jika kita umur panjang, berapa lama agaknya kita akan hidup? Hanya Allah yang tahu. Tapi bila kita akan bersara dari bekerja? Kita boleh tahu.

3. Bagi sesiapa yang masih bekerja, ada sumber pendapatan, atau ada bisnes.. Nasihat saya rancang kewangan persaran dari sekarang. Kerana apabila kita bersara, kita dah tak kuat untuk bekerja. Masa itu kita mungkin nak rehat taknak pening kepala fikir untuk meredah jem setiap hari.

4. Sebenarnya,sepanjang tempoh kita bekerja inilah masa kita membuat simpanan sebelum kita bersara.

Jika kita bekerja selama 30 tahun, buatlah simpanan!
Jika masih ada baki 20 tahun, menabunglah!
Jika masih ada baki 10 tahun, rancanglah sekarang!

5. Kita kena fikirkan bagaimana kehidupan kita selepas bersara nanti.
Nak harapkan duit pencen? Duit KWSP? atau Duit anak2 bagi setiap bulan?

6. Guru kewangan saya pesan, kita mesti ada prinsip:

“Life with dignity, Die with dignity”

7. Sebab itu saya mendidik orang membuat simpanan. Sebab menyimpan adalah perkara paling payah orang nak buat dengan 1001 alasan. Apabila tiba masa DAH tak ada duit, barulah nak fikir penyesalan. Jangan jadi macam tu ya!

8. Simpanlah emas. Kerana bila kita simpan emas, kita akan rasa seronok nak menyimpan, rasa nak simpan banyak-banyak, nilai kekayaan bersama kita, nilainya meningkat untuk jangkamasa panjang dan tiada inflasi berbandingkita simpan duit kertas.

9. Kenaikan emas dalam masa 5tahun = 44.52%, dalam masa 20tahun = 553% . Tinggi kan?

10. Emas tidak pernah menipu kita. Sebab itu ada hadis: “Akan datang kepada manusia, suatu masa yang mana tidak bermanfaat di masa itu kecuali Dinar (emas) dan Dirham (perak).” HR Ahmad: 16569 dari Miqdam bin Madikarib radliyallahu anhu

Wallahualam.

kredit kepada Pn Suzie Isa