Dhuyufurrahman 1445H/2024

Dhuyufurrahman 1445H/2024

You are currently viewing Dhuyufurrahman 1445H/2024

ln Syaa Allah, pada tanggal 28 Mei 2024 (KT063B), saya dan isteri akan berangkat sebagai Tetamu Allah (dhuyufurrahman) bagi melaksanakan Rukun Islam Kelima pada tahun ini. Mulai 15 Mei 2024, kami berdua agak sibuk dengan persiapan akhir untuk kerja haji dan tidak aktif sehingga 14 Julai 2024. Kami akan kembali aktif pada 15 Julai 2024 sebagai Dealer Public Gold dan terus membimbing masyarakat menyimpan emas secara betul, tepat dan selamat.

Sepanjang kami berdua menunaikan ibadah haji, para pelanggan dan pembaca boleh membuat rujukan di empat pautan berikut;

  1. Web Blogzahidihalim.com
  2. Web Dealerruhayasalleh.com
  3. Biolinkzahidi.page
  4. WA BotAssistant Autoreply

Pada kesempatan ini, kami ingin memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika ada terkasar bahasa, perbuatan yang menyinggung perasaan dan dosa yang kami lakukan sama ada kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja. Juga minta halalkan makan dan minum di sepanjang persahabatan kita. Kami juga memaafkan dan menghalalkan apa jua perbuatan, makan dan minum kalian.

Doakan agar pemergian kami ke Tanah Suci diberikan kekuatan, kesihatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas kami menunaikan ibadah di sana. Semoga kepulangan kami ke Tanah Air dengan sihat dan selamat serta dikurniakan pengampunan dan mendapat Haji yang Mabrur.

Ya Allah panjangkanlah umur kami dan berikan apa jua yang terbaik untuk kami dan seluruh jamaah haji yang menjadi tetamu-Mu pada tahun ini.

‌Aamiin. Ya Allah.
Aamiin. Ya Mujib.

Zahidi & Ruhaya
Dhuyufurrahman 1445H/2024
28 Mei – 10 Julai 2024 (Ibadah Haji) – KT063B
Kembali Aktif mulai 15 Julai 2024