Soalan Lazim Yang Sering Ditanya Oleh Mereka Yang Ingin Memulakan Simpanan Emas Public Gold. Frequently Asked Questions (FAQ).

Apa perbezaan harga emas fizikal dengan akaun GAP?

Selain itu, harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar emas fizikal, lebih rendah harga per gram.

Emas simpanan 999 atau emas perhiasan 916, mana lebih baik?

Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.

Saya nak beli emas, bila waktu paling sesuai?

Apa beza emas jongkong dengan emas dinar?

Adakah wajib bayar zakat untuk akaun GAP?

  • jumlah emas simpanan cecah 85 gram atau lebih

  • cukup setahun (haul)

Maka, wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga semasa. Maklumat lanjut di zakat.com.my

Bagaimana cara daftar sebagai ahli public gold?

Bagaimana cara buka akaun untuk anak?

Kemudian, jangan lupa whatsapp kepada saya untuk saya bimbing Anda dan keluarga Anda sampai berjaya.

Apa beza akaun GAP biasa dengan akaun GAP Junior

Maklumat ibu/bapa/penjaga diperlukan dalam pendaftaran akaun GAP Junior.

Apakah Premium Emas?

Premium emas adalah caj yang dikenakan oleh Public Gold bagi menampung kos-kos berikut;

  1. kos pengurusan untuk menghasilkan produk akhir (end product) seperti peleburan (smelting) menggelek (rolling), mencetak emas (minting) dan pembungkusan (packaging).
  2. kos logistik dan
  3. kos insurans

bagi setiap kepingan item emas tersebut.

Apakah Spread Emas?

Spread emas ataupun Susut Nilai ialah beza antara harga beli dan harga jual emas pada waktu yang sama.

Formula Pengiraan Spread Public Gold adalah;

Harga Jual (PG Sell) TOLAK Harga Beli (PG Buy) BAHAGI Harga Jual (PG Sell) DARAB 100.

Spread ditunjuk dalam format %.

Contoh 1 Dinar :
PG SELL = RM1,687
PG BUY = RM1,535

(PG SELL - PG BUY) / PG SELL x 100

Kiraan untuk 1 dinar
(RM1,687 - RM1,535) / RM1,687 x 100
= 9.0100%

Spread Emas Public Gold adalah kurang 10%.

Bagaimana Kira % Keuntungan Emas?

% Keuntungan Emas Public Gold adalah, harga jual hari ni (PG BUY) TOLAK harga kita beli (2018) BAHAGI Harga kita beli (2018) x 100

Contoh 1 dinar:

Harga beli 2018 RM795
Harga jual hari ini RM1,535 (PG BUY)

(RM1,535 - RM795) / RM795 x 100 = 93.08%

Bagaimana dengan akaun Public Gold jika penyimpan meninggal dunia?

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

  • Sijil Kematian

  • Sijil Perkahwinan [Suami/Isteri], [jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak]

  • Salinan IC pewaris

  • Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [isteri/anak-anak]

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [EPP], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan;

  • Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau

  • Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold