Public Gold telah menjadi jenama terkenal di kalangan pelabur emas di Malaysia dan Indonesia. Dengan rangkaian cawangan yang semakin berkembang, Public Gold terus memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan jual beli emas secara betul, tepat, selamat dan patuh syariah bagi pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat. Sejak ditubuhkan, syarikat ini telah berjaya menarik lebih 1.4 juta pelanggan yang mempercayai kualiti dan perkhidmatan mereka.
Cawangan Public Gold di Malaysia
Di Malaysia, Public Gold mempunyai 18 cawangan yang terletak di semua negeri seluruh negara, kecuali negeri Perlis. Namun begitu, terdapat 2 cawangan di negeri Kedah. Maksudnya Public Gold memiliki cawangan di utara, tengah, selatan, pantai timur dan juga Sabah dan Sarawak. Kebanyakkan cawangan Public Gold terletak bandar besar dan ibu negeri seperti Alor Setar, Sg Petani, Relau, Ipoh, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ampang, Bangi, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban, Bandar Melaka, Johor Bahru, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan terkini di Tawau. Cawangan-cawangan ini menyediakan kemudahan yang lengkap bagi pelanggan untuk membeli emas, menjual emas, menggadai (Ar-Rahnu) dan mendapatkan maklumat asas mengenai simpanan emas. [rujukan 1 – Our Branch]

Setiap cawangan Public Gold direka untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan. Staf yang bertugas dilatih dengan baik dan sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan dalam urusan jual-beli dan gadaian emas. Jika pelanggan hadir ke Menara Public Gold, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, mereka berpeluang untuk melihat sendiri emas fizikal 999 dan 916 yang ditawarkan sebelum membuat pembelian. Ini akan memberi keyakinan kepada mereka dalam membuat keputusan simpanan dan pelaburan.
Tambahan pula, dengan cawangan yang strategik ini, Public Gold juga menawarkan kemudahan kepada pelanggan yang ingin menyertai seminar atau latihan berkaitan emas. Bengkel dan sesi pendidikan ini diadakan untuk meningkatkan lagi pemahaman masyarakat tentang kepentingan simpanan dan pelaburan emas, sekaligus memupuk kesedaran tentang peranan emas dalam memelihara nilai kekayaan.
Kehadiran Public Gold di Indonesia
Selain di Malaysia, Public Gold juga telah meluaskan operasinya ke Indonesia dengan 5 cawangan di bandar besar di Indonesia, iaitu Cabang Jakarta, Cabang Bandung, Cabang Yogyakarta, Cabang Banjarbaru dan Cabang Surabaya untuk membantu memperkenalkan produk emas 999 yang berkualiti tinggi kepada pasaran yang semakin berkembang di negara tersebut. Pelanggan di Indonesia dapat menikmati perkhidmatan yang sama seperti di Malaysia, termasuk kemudahan membeli dan menjual emas, serta mendapatkan panduan simpanan dan pelaburan dari staf yang berpengalaman. [rujukan 2]

Pasaran Indonesia mempunyai potensi yang besar, dan dengan kehadiran Public Gold, semakin ramai penyimpan dan pelabur mula menyedari kepentingan menyimpan emas sebagai aset pelaburan jangka panjang. Selain itu, cawangan-cawangan di Indonesia juga aktif dalam menganjurkan program pendidikan, seminar, dan bengkel dengan bantuan khas oleh kepimpinan dari Malaysia selaku Duta Public Gold Indonesia untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai manfaat pelaburan emas.
Gold ATM Machine : Inovasi Mudah Akses 24/7

Salah satu inovasi yang diperkenalkan oleh Public Gold adalah Gold ATM Machine, yang terdapat di 43 lokasi strategik di pasaraya dan tempat tumpuan seperti Lapangan Terbang, R&R, Foodcourt dan juga Cawangan Public Gold terpilih di Semenanjung Malaysia. Mesin ini direka khas untuk memudahkan orang ramai membeli emas dengan cepat dan mudah, tanpa perlu menunggu waktu operasi cawangan. Gold ATM Machine ini beroperasi 24/7, membolehkan pelanggan membeli emas pada bila-bila masa, sesuai dengan keperluan mereka.
Gold ATM Machine ini adalah bukti komitmen Public Gold dalam menyediakan akses yang lebih luas kepada emas fizikal. Dengan menggunakan mesin ini, pelanggan dapat membeli emas dalam denominasi yang kecil, seperti 1 gram, yang sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan emas. Proses pembelian juga sangat mudah dan pantas; dengan mode pembayaran secara FPX, E-Wallet, Kad Kredit, Kad Debit dan mesin akan mengeluarkan emas fizikal yang dibeli.
Pengenalan Gold ATM Machine ini juga menunjukkan bahawa Public Gold sentiasa berada di hadapan dalam menawarkan teknologi dan kemudahan moden kepada pelanggannya. Mesin ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat, terutama mereka yang menghargai kemudahan membeli emas tanpa perlu meluangkan masa untuk berkunjung ke cawangan. [rujukan 3 – Our Gold ATM]
Kesimpulan
Dengan cawangan-cawangan yang tersebar luas di Malaysia dan Indonesia, serta inovasi seperti Gold ATM Machine, Public Gold telah berjaya memudahkan akses kepada emas fizikal untuk semua lapisan masyarakat. Syarikat ini tidak hanya menyediakan produk emas berkualiti tinggi, tetapi juga menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan komprehensif.
Kehadiran cawangan di kedua-dua negara ini membolehkan lebih ramai orang untuk terlibat dalam simpanan dan pelaburan emas, sambil memupuk kesedaran mengenai kepentingan memelihara kekayaan melalui emas. Inovasi seperti Gold ATM Machine pula menunjukkan betapa Public Gold komited dalam memberikan kemudahan kepada pelanggannya, membolehkan pembelian emas dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Public Gold terus mengekalkan reputasinya sebagai peneraju dalam industri emas fizikal di Malaysia dan Indonesia, dan dengan langkah-langkah inovatif serta rangkaian cawangan yang luas, syarikat ini berada di landasan yang kukuh untuk terus memimpin dalam pasaran pelaburan emas. Jom jadi sebahagian daripada 1.4 juta pelanggan Public Gold sekarang!