Ulasan Buku Wang Emas – Mohd Zulkifli Shafie

Ulasan Buku Wang Emas – Mohd Zulkifli Shafie

You are currently viewing Ulasan Buku Wang Emas – Mohd Zulkifli Shafie

Ringkasan Tentang Buku Wang Emas

  1. Ia perkongsian tentang pengalaman sebenar bagaimana tabungan emas mampu menjadikan kewangan kita lebih baik, selain menunggu “beli harga rendah, jual harga tinggi”.
  2. Membuka perspektif yang lebih luas tentang emas dan bagaimana simpanan emas sebenarnya relevan hampir untuk setiap orang samada seorang pelajar universiti atau kolej, suri rumah, orang yang berkerjaya, mahupun mereka yang telahpun bersara.
  3. Bagi penyimpan emas yang sentiasa dilanda rasa takut; harga emas naik rasa takut, harga emas turun pun rasa takut, maka buku Wang Emas adalah ubatnya. Bila ada ilmu yang betul tentang emas, kita akan sentiasa happy. Harga naik kita happy. Harga turun pun kita happy!
  4. Dan yang menarik, ia adalah tulisan santai, dengan menggunakan bahasa dan cara penyampaian yang mudah difahami oleh orang kebanyakkan. Pendek kata, orang yang tak minat membaca pun boleh baca buku ini sampai habis.

Bagi saya, inilah buku tentang emas yang bacaannya paling santai dan mudah difahami yang ada di Malaysia. Pendek kata, baca buku Wang Emas ni, satu malam pun terus boleh habis.

Buku ini langsung tidak bercerita tentang analisa turun naik pada graf harga emas. Malah, ia fokus kepada pengalaman penulis sendiri dengan emas sebelum dari tahun 2010 dan bagaimana dengan menyimpan emas membuatkan penulis menjadi lebih kaya.

Pendek kata, Buku Wang Emas ini menfokuskan bagaimana cara memanfaatkan emas dalam membina kekayaan, selain daripada ‘Buy Low Sell High’.

Antara Ilmu Penting Yang Saya Belajar Dari Buku Wang Emas

#1. Disiplinkan Diri Dalam Kewangan Dengan Emas

Buku ini banyak mengubah mindset saya tentang langkah sebenar mendapat keuntungan dari pelaburan emas.

Kekayaan yang sebenar bukanlah disebabkan oleh kita bijak dalam membuat pelaburan itu dan pelaburan ini, tetapi kekayaan sebenar ialah akan dapat dikecapi oleh orang yang ada ilmu, attitude dan disiplin yang betul terhadap kewangan.

Selepas baca buku ini, harga emas turun naik dalam jangka masa pendek saya tak risau. Apa yang saya paling risau ialah kalau simpanan emas saya tidak bertambah dari bulan ke bulan.

Banyak cara memanfaatkan emas dalam mengukuhkan kedudukan kewangan yang penulis berkongsi dalam buku Wang Emas ini.

#2. Kisah Dua Kali Miskin Akibat Malapetaka Wang Kertas

Saya baca banyak buku tentang emas. Tapi, saya tak jumpa tentang kisah dua kali miskin dalam buku-buku emas yang lain.

Kisah dua kali miskin ialah antara sebab kenapa penulis nekad untuk simpan emas. Duit simpanan beliau dalam bentuk RM hanya disimpan sebanyak 3 bulan pendapatan sahaja. Selebihnya penulis tukar kepada bentuk emas. Akibat risau Kisah Dua Kali Miskin terjadi untuk kali kedua.

Secara ringkasnya, kisah 2 kali miskin ialah kisah yang terjadi di negara kita sendiri. Kisah diceritakan pengalaman Dato Husam Musa tentang neneknya jatuh miskin 2 kali akibat simpan duit kertas zaman pemerintahan British dan zaman Jepun. Cerita panjangnya ada dibawah ini.

Kisah Dua Kali Miskin
“Saya teringat Gemulah ayah mertua saya, dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk 3 tahun berturut-turut. Dia meminta modal dari emaknya untuk memulakan perniagaan, emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di sungai Kelantan.

Dia mula-mulanya berniaga budu. Perniagaannya berkembang, di akhir pemerentahan Jepun dia sudah berniaga macam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sungai Kelantan. Di waktu pemerentahan Jepun ini, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Almarhum Raja Perlis, baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.

Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British dan Jepun. Walaupun kuasa barat kalah di Semenajung, tetapi duit pound Amerika tetap laku, kerana ianya emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun; kerana ianya kertas.”

YB Husam Musa

“Kisah dua kali miskin” yang diceritakan oleh YB Husam Musa itu membuka masa saya tentang risiko disebalik menyimpan wang kertas. Wang kertas yang kita gunakan hari ini tidak mampu menyimpan nilai. Walaupun duit kertas itu berada di tangan kita, hakikatnya kekayaan itu tiada di tangan kita.

Ini disebabkan nilai wang kertas bukan terletak pada kertasnya. Ia terletak pada jaminan kerajaan. Pada kertas itu sendiri sebenarnya tiada nilai sebenar. Ia tiada nilai intrinsik (melekat). Ia hanya bernilai disebabkan nilai yang dipaksa ke atasnya. Sebab itu, kerajaan terpaksa tulis “Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai…”. Itu jaminan kerajaan.

Ia bernilai selagi kerajaan sahkan ia bernilai. Jika kerajaan isytihar ianya tidak lagi bernilai sebagai duit syiling $1, duit kertas $500 dan duit kertas $100 suatu ketika dahulu, nilainya terus hilang begitu sahaja. Ia hanya bernilai selagi ia digunakan di dalam negara, tetapi ia tidak bernilai jika dibawa ke luar negara. Ia bernilai selagi kondisi duit kertas itu masih baik, tetapi ia tidak lagi bernilai jika ianya rosak, dimakan anai-anai ataupun ianya diconteng! Itu adalah pra-syarat jaminan kerajaan.

Nilai Duit Bukan Pada Kertasnya
Dan jaminan kerajaan itu hanyalah terjamin jika ekonomi dan politik negara stabil. Jika berlaku apa-apa gangguan terhad ekonomi dan politik, jaminan itu tidak lagi terpakai dan nilainya boleh terus hilang begitu sahaja! Contoh paling mudah, lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara-negara timur tengah yang sedang bergolak. Duit mereka tidak lagi bernilai!

Ia berbeza dengan emas. Menurut pakar kewangan Azizi Ali, emas adalah satu-satunya aset kewangan yang berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan sesiapa. Ia tak berkait dengan sesiapa. Ia tak perlu geran atau surat pemilikan. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Ia laku di mana sahaja dan pada bila-bila masa sekalipun.

Satu fakta yang kita perlu tahu, emas (dan perak) telahpun digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa dan tidak boleh dibinasakan menggunakan apa cara sekalipun. Kalau Tuhan ditakdirkan dalam bumi cuma ada 100,000 tan emas tertanam dalam perut bumi, maka jumlah itu sahaja yang wujud dan bertukar tangan antara manusia. Disebabkan faktor ini, ia adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak sekali-kali boleh jatuh nilainya menjadi KOSONG. Ia dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman.

Lagi Jatuh, Lagi Orang Beli
Bila saya faham hakikat ini, saya tak risau tentang turun naik harga emas. Harga naik, saya “happy” sebab saya boleh menjualnya pada harga lebih tinggi kalau nak pakai duit. Bahkan bila harga turun, saya lebih “happy” sebab saya berpeluang beli aset yang mahal (i.e. emas) pada harga yang lebih murah.

Cuba perhati, apakah yang berlaku kepada permintaan emas bila harganya turun?

Orang akan serbu beli emas sebagaimana yang berlaku di negara China pada tahun 2013. Ada kedai emas sampai kehabisan stok! Bahkan di Malaysia pun sama, jualan kedai emas seminggu dikatakan bersamaan dengan sebulan jualan pada waktu-waktu biasa! Maksudnya, lagi harganya jatuh, lagi orang berebut-rebut membelinya.

Satu perkara penting yang kita perlu ingat, emas kalau harganya jatuh, ia adalah emas (dan tetap bernilai). Duit kertas yang kita pakai, kalau nilainya jatuh, ia adalah kertas! Lagi jatuh nilainya, lagi orang ‘lari’. Tak ada dalam sejarah orang berebut-rebut beli duit kertas bila harganya jatuh. Bahkan sejarah membuktikan, kesemua wang begitu akan berakhir dengan nilai intrinsiknya yang sebenar iaitu KOSONG!

Kalau takut beli emas kerana risiko harganya jatuh, membiarkan kekayaan kita disimpan dalam bentuk wang kertas sebenarnya lebih menakutkan!

Ingin dapatkan senaskah buku Wang Emas ? Klik sini sekarang..


Please enable JavaScript in your browser to complete this form.