Public Gold Dealership Program

Jika Anda ada bajet simpanan emas yang cukup dan faham kepentingan menyimpan emas, jadilah Dealer Public Gold bagi memaksimakan keuntungan simpanan emas anda.

Syarat Untuk Menjadi Dealer Public Gold

1. Normal Dealer (ND)
200 grm dalam satu resit

a) Daftarkan 50 orang penyimpan emas dalam tempoh 3 bulan selepas sertai dengan pelanggan aktif 50%, ATAU
b) Buat pembelian 200gram emas dalam 1 resit, ATAU
c) Buat belian promosi dealer dalam website rasmi Public Gold.

2. Priority Dealer (PD)
500 grm dalam satu resit

a) Daftarkan 150 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas oleh diri sendiri dan penyimpan emas yang didaftarkan mencukupi RM150,000 dalam tempoh 12 bulan kebelakang dengan pelanggan aktif 50%, ATAU
b) Buat pembelian 500gram emas dalam 1 resit, ATAU
c) Buat belian promosi dealer dalam website rasmi Public Gold.

3. Master Dealer (MD)
Daftar 300 Pelanggan

a) Daftarkan 300 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas oleh diri sendiri dan penyimpan emas yang didaftarkan mencukupi RM300,000 dalam tempoh 12 bulan kebelakang dengan pelanggan aktif 50%.

Panduan Lengkap Ada Di Bawah ↓

Syarat Tanpa Promosi untuk menjadi dealer Public Gold ↓

Syarat Tanpa Promosi di atas agak membebankan kerana memerlukan usaha yang tinggi untuk mencapainya. Namun begitu, atas permintaan ramai, Public Gold sentiasa menawarkan promosi dengan jumlah pembelian emas yang jauh lebih rendah untuk mendapatkan kelayakan menjadi dealer dengan lebih cepat dan mudah.

Terdapat 2 Jenis Promosi, iaitu ;

  1. Promosi Bulanan (tempoh 30 hari)
  2. Promosi FB LIVE (tempoh 5 hari sahaja) – lebih menarik, lebih murah.

Setiap pembelian promosi perlu disertakan dengan pembelian Wealth Card 0.5gram sebagai kelayakan untuk menjadi dealer. Klik butang dibawah untuk info promosi terkini.

1. Promosi Bulanan (tempoh 30 hari)

2. Promosi FB LIVE (tempoh 5 – 10 hari sahaja) – lebih menarik, lebih murah.
(jika klik tiada info, bermaksud PROMOSI dah TAMAT)

Promosi FB Live selalunya diadakan pada Minggu Akhir Setiap Bulan.
(jika klik tiada info, bermaksud PROMOSI dah TAMAT)

#1 – Rebat Atas Pembelian Emas Untuk Diri Sendiri

Apabila anda berstatus dealer PG, setiap kali anda membeli emas untuk simpanan masa anda, anda akan menerima rebat (cashback). Rebat ini dibayar mengikut status dealership masing-masing sebagaimana berikut:

  • Normal Dealer - 1.0% dari jumlah pembelian.
  • Priority Dealer - 1.5% dari jumlah pembelian.
  • Master Dealer - 2.0% dari jumlah pembelian.

Rebat ini akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya dan bukannya on the spot ketika buat pembelian emas.

Rebat ini dikira hanya setelah berjaya mendapat status sebagai "Dealer". Pembelian bagi mendapatkan kelayakan menjadi dealer (ketika status masih lagi sebagai "customer") tidak dikira untuk mendapat rebat. Selepas sistem PG upgrade status seseorang "Customer" menjadi "Dealer", barulah rebat akan mula dikira.

Menarik bukan?

Bayangkan anda sudah menjadi seorang dealer dan membeli emas bernilai RM10,000 untuk simpanan masa depan anda, anda terpaksa menerima rebat sebanyak :

  • Normal Dealer - RM100 (RM10,000 x 1.0%)
  • Priority Dealer - RM150 (RM10,000 x 1.5%)
  • Master Dealer - RM200 (RM10,000 x 2.0%)

Lebih menarik, status dealer ini akan kekal sepanjang hayat anda. Ini bermakna, rebat ini akan diberikan kepada anda setiap kali anda membeli emas, sepanjang hayat anda.

“Sudah la harga emas PG lebih rendah sekitar 15% berbanding kebanyakan kedai emas lain, anda sebagai dealer akan terima rebat (cashback) sebanyak 1% atau 1.5% atau 2% setiap kali beli emas. Bayangkan betapa untungnya anda sebagai dealer kerana dapat jimatkan kos pembelian emas.”

#2 – Rebat Atas Jualan Balik Emas Kepada Public Gold

Apabila anda ingin jual semula emas anda kepada Public Gold bagi mendapatkan wang tunai, sebagai dealer PG tanpa mengira status normal dealer, priority dealer atau master dealer, anda akan menikmati rebat tambahan 0.3% atas harga jualan emas tersebut

Rebat ini akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya. Bukan on the spot ketika buat jualan semula emas dan rebat ini akan diberikan kepada anda setiap kali anda menjual emas anda, sepanjang hayat anda.

Sebagai contoh, jika anda jual emas anda dan terima RM10,000 atas jualan berkenaan, PG akan berikan anda tambahan 0.3% iaitu RM30 (RM10,000 x 0.3%) kepada anda.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan yang anda akan terima adalah RM10,030 dan bukannya sekadar RM10,000!

“Nak beli emas, dapat rebat. Nak jual emas pun dapat rebat tambahan. Itulah kelebihan sebenar dealer, peluang mendapat keuntungan maksima dari simpanan emas."

#3 – Royalti Memperkenalkan Pembeli Emas

“Hampir semua orang tahu kelebihan menyimpan emas, tapi dari puluhan juta rakyat malaysia, hanya 600,000++ (sehingga November 2021) orang sahaja yang tahu kelebihan menyimpan emas di Public Gold dan sudah memulakan simpanan emas melalui Public Gold."

Walaupun Public Gold telah beroperasi sejak tahun 2008, masih ramai yang tidak tahu apa itu Public Gold dan tidak sedar kelebihan menyimpan emas. Kerana itu, ramai yang tersilap langkah membeli emas 916 atau emas perhiasan walaupun niat mereka adalah untuk membuat simpanan jangka panjang dan bukannya untuk perhiasan

Akibatnya, mereka kerugian kerana terpaksa membayar upah tukang yang tinggi untuk emas perhiasan dan mendapat harga yang jauh lebih rendah ketika ingin menjual emas perhiasan mereka berbanding emas 999.

Kerana itu, menjadi tanggungjawab kita yang sudah mengenali Public Gold untuk berkongsi kelebihan simpanan emas ni kepada orang di sekeliling kita supaya mereka juga berpeluang untuk memaksimakan keuntungan dari simpanan atau pelaburan mereka.

Jadi ambillah tanggungjawab untuk menyampaikan kebaikan itu kepada kenalan terdekat melalui whatsapp atau akaun media sosial sendiri. Jangan menjual, tapi niatkan untuk menyampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Bagi menggalakkan Dealer Public Gold terus membina kesedaran awam dan membimbing orang lain cara membuat simpanan emas melalui Public Gold, Public Gold menawarkan royalti berbentuk insentif berdasarkan jumlah pembelian emas setiap kali penyimpan emas yang kita daftarkan sebagai ahli Public Gold membeli emas.

Insentif berkenaan adalah seperti berikut :

  • Normal Dealer - 1.0% dari jumlah pembelian.
  • Priority Dealer - 1.5% dari jumlah pembelian.
  • Master Dealer - 2.0% dari jumlah pembelian.

Setiap kali penyimpan emas di bawah bimbingan kita membuat pembelian emas, setiap kali itulah Public Gold membayar royalti kepada kita, hatta jika kita sudah tiada sekalipun, waris kita akan terus menikmati royalti tersebut.

“Harimau mati meninggalkan belang, dealer PG mati, meninggalkan royalti kepada isteri dan anak anak secara berterusan."

Sebagai contoh, jika kesemua ahli yang kita bimbing membeli emas dengan jumlah keseluruhan RM50,000 setiap bulan untuk simpanan mereka, maka setiap bulan, Public Gold akan bayar royalti kepada kita seperti berikut :

  • Normal Dealer - RM 500 (RM50,000 x 1.0%)
  • Priority Dealer - RM 750 (RM50,000 x 1.5%)
  • Master Dealer - RM 1,000 (RM50,000 x 2.0%)

“Jika seorang penyimpan emas membeli emas dengan konsisten 1 gram setiap bulan, bayangkan berapa banyak passive income seorang dealer PG yang mempunyai 1,000 orang penyimpan emas di bawah bimbingannya akan dapat."

Dengan andaian harga emas RM250 per gram, maka royalti seorang dealer PG yang ada 1,000 penyimpan emas ialah RM5,000 (RM250 x 1,000 penyimpan emas x 2.0%)

Kerja dealer hanya sekali, tapi dapat nikmati royalti berkali-kali!

Apa yang menarik, dealer PG tidak menjual emas. Tetapi hanya membimbing penyimpan emas di bawah bimbingan mereka tentang ilmu emas dan cara berurusniaga secara terus dengan PG. Ahli bimbingan mereka beli emas secara terus dari PG melalui website PG dan PG akan uruskan proses penghantaran emas kepada ahli tersebut.

“Jadi dengan royalti yang diterima daripada PG itu, kita boleh gunakannya untuk tambah lagi simpanan emas kita dengan percuma! Jika usaha ini diteruskan dengan konsisten, royalti ini akan menjadi bullet train untuk kita mencapai financial freedom dan bebas hutang dengan lebih cepat."

#4 – Beli Emas Dengan Harga Lebih Murah

Selepas beberapa tahun menjadi dealer, pastinya kita akan mempunyai ramai penyimpan emas di bawah bimbingan kita

Sampai masa, pasti mereka ingin menjual emas mereka bagi mendapatkan wang tunai. Jadi mereka mempunyai 2 pilihan :

  • Jual emas mereka terus kepada Public Gold
  • Jual emas mereka kepada dealer yang dipercayai yang membimbing mereka

Dari sudut harga jual, sama saja samada jual kepada PG ataupun kepada dealer. Tetapi selalunya penyimpan emas terdekat lebih selesa menjual kepada dealer kerana mereka boleh dapatkan wang tunai on the spot . Hari cuti, hujung minggu, dan waktu malam pun mereka boleh jual dan dapat duit on the spot

Kalau jual emas fizikal kepada PG, ia terhad kepada waktu bekerja dan pada hari bekerja sahaja. Dan PG akan buat bayaran dalam masa 1 - 2 hari bekerja.

Sebagai dealer PG yang aktif, saya sentiasa berpeluang untuk menambah simpanan emas saya hanya dengan membeli daripada ahli bimbingan saya pada harga “PG Buy”. Seolah-olah saya beli emas tanpa spread!

Kadar spread emas PG mengikut jenis item.

"PG Buy" ialah harga Public Gold beli balik emas jika kita nak jual. Ia dikira selepas ditolak peratusan kadar spread dari harga "PG Sell".

#5 – Royalti Membimbing Dealer

Dalam ramai ramai penyimpan emas yang kita daftarkan, mesti ada antara mereka yang membuat belian yang melayakkan dia pula untuk menjadi dealer.

Jadi, bagi mendorong kita untuk sentiasa membimbing mereka menjadi dealer yang aktif dan berjaya menjana pendapatan tambahan sebagai dealer PG, Public Gold menawarkan royalti yang dinamakan 'Overriding Incentive' dan 'Supervisory iIncentive'.

ROYALTI OVERRIDING INCENTIVE

Apabila dealer di bawah bimbingan kita dengan status dealer yang lebih kecil dari kita atau penyimpan emas di bawah bimbingan dealer berkenaan membuat pembelian emas, Public Gold akan membayar royalti “overriding incentive” sebanyak perbezaan level antara kita dan dealer tersebut.

SITUASI 1 : Anda adalah Master Dealer (MD) dengan level insentif 2.0% dan dealer di bawah bimbingan anda adalah normal dealer dengan level insentif 1.0%, anda akan terima royalti 'overriding incentive' sebanyak 1.0%

Sebagai contoh,dealer di bawah bimbingan anda membuat jualan (hasil dari pembelian emas oleh beliau dan penyimpan emas di bawah bimbingan beliau) sebanyak RM50,000 pada bulan berkenaan, maka PG akan membayar royalti kepada anda sebanyak RM500 (1.0% x RM50,000).

Itu jika anda hanya mempunyai seorang dealer di bawah bimbingan anda. Jika anda ada 10 orang Normal Dealer yang membuat jualan sebanyak RM50,000 setiap bulan, maka royalti overriding incentive anda adalah RM2,500 (RM250 x 10 dealer)!

ROYALTI SUPERVISORY INCENTIVE

Bagi dealer di bawah bimbingan kita yang mempunyai status dealer yang sama atau lebih besar dari kita, kita tidak akan menerima royalti overriding incentive tetapi Public Gold tidak mahu kita lepas tangan dan mengabaikan mereka. Kerana itu, PG menawarkan royalti supervisory incentive bagi memastikan kita terus membimbing dealer di bawah bimbingan kita.

Apabila dealer berkenaan atau penyimpan emas di bawah bimbingan beliau membuat pembelian emas, Public Gold akan membayar royalti “supervisory incentive” sebanyak 0.15% kepada anda.

Sebagai contoh,dealer di bawah bimbingan anda membuat jualan (hasil dari pembelian emas oleh beliau dan penyimpan emas di bawah bimbingan beliau) sebanyak RM50,000 pada bulan berkenaan, maka PG akan membayar royalti kepada anda sebanyak RM75 (0.15% x RM50,000).

“Royalti ini akan terus dibayar setiap kali berlaku pembelian emas dengan Public Gold sampai bila bila. Jika seseorang dealer itu meninggal dunia, royalti ini akan terus dibayar dan boleh diwariskan kepada isteri atau anak anak!"

PUBLIC GOLD

Potensi Bebas Kewangan

bersama Public Gold

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” yang anda akan dapat jika lebih 1,000 penyimpan emas berdaftar di bawah anda selepas beberapa tahun (hanya secara sambilan)?

Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving , passive income seorang Master Dealer (yang membimbing 1000 orang penyimpan emas) adalah sekurang-kurangnya RM5,000 – RM10,000 setiap bulan!

Pendapatan ‘part time’ sebulan seorang doktor yang telah 3 tahun menjadi dealer PG dan membimbing lebih 1,000 orang penyimpan emas membuat simpanan di Public Gold!

Sudah pasti, suatu hari nanti, pendapatan anda sebagai dealer Public Gold boleh membantu anda ‘pencen’ lebih awal sebagaimana yang dinikmati oleh ramai Dealer di Public Gold.

Majoriti daripada mereka dapat menikmati passive income sekurang-kurangnya RM10,000 setiap bulan hanya dalam masa 3-5 tahun sahaja melalui program latihan yang dijalankan oleh Team Core Public Gold.

Anda ingin kami bimbing bagaimana untuk menjana pendapatan pasif sebagai Dealer di Public Gold? Sila WhatsApp Zahidi Sekarang!